Pada bulan lepas, seorang guru yang amat dikagumi oleh semua pelajar SMK Taman Daya telah pun meninggalkan warganya untuk melanjutkan cita-cita beliau, Cik Rahayu.
Friday, October 16, 2009
Mutiara Kita
Friday, July 24, 2009
'Bengkel Kecemerlangan PRA PMR'
Pada 23 Julai 2009, pelajar 2 RK SMK Taman Daya telah diwajibkan menyertai 'Bengkel Kecemerlangan PRA PMR'. Program ini telah diadakan di dewan SMK Agama Johor dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti akedemik dengan menghasilkan 50% pelajar KRK(minima) mendapat 'perfect score'. Malang sekali, acara tidak bermula seperti yang dirancangkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tiga buah sekolah sahaja yang terlibat iaitu SMK Taman Daya, SMK Ulu Tiram dan SMK Johor Jaya 1.Aktiviti yang telah dijalankan adalah teknik menjwab subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan juga Sains. Harap para pelajar akan dapat meningkatkan prestasi masing-masing selepas ini.
Tuesday, July 21, 2009
Saturday, July 18, 2009
Penilaian Kurikulum 2
Selamat menjalani Penilaian Kurikulum 2 yang akan bermula pada hari Isnin 20.7.2009 bagi Tingkatan 2RK dan 21.7.2009 bagi Tingkatan 1RK.
Selamat Maju Jaya!
Monday, July 13, 2009
Program Motivasi Diri Pelajar KRK 2009
Pada 11 Julai 2009, PPD Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Perhubungan Pengetua Sekolah KRK Daerah Pasir Gudang telah menganjurkan Program Motivasi Diri Pelajar KRK daerah Pasir Gudang. Program ini telah dijalankan di Dewan Kuliah Kolej Komuniti Pasir Gudang. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar KRK dari 8 buah sekolah telah menyertainya. Tiga slot ceramah yang dijalankan adalah Kemahiran Belajar, Motivasi Diri dan Pengurusan Masa. SMK Taman Daya telah menghantar seramai 26 orang pelajar KRK Tingkatan 1 dan 2 (14 lelaki dan 12 perempuan).
Nadwah Kepimpinan KRK Negeri Johor 2009
Monday, June 15, 2009
Sunday, June 14, 2009
Selamat Kembali Ke Sekolah...
Kepada semua warga SMKTD,
Selamat kembali ke sekolah selepas 2 minggu bercuti!
Nampaknya saya dan pembantu2 blog ni pun turut bercuti dari meng'update' blog sepanjang cuti ni. Maaflah ye...Agak terikat dengan tugas2 peribadi.
Untuk pelajar2 KRK, bersedialah menerima keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah selesai sebelum cuti. Bagi yang cemerlang, jangan terlalu gah dengan keputusan anda tetapi berusaha untuk mengekalkannya atau supaya lebih baik lagi. Bagi yang kurang cemerlang, jangan sedih sebaliknya fikir dan rancanglah sebaiknya apa yang perlu dilakukan dari sekarang untuk memperbaiki pencapaian.
Selamat Maju Jaya!
Tuesday, June 2, 2009
Happy Holiday!
It has been quite some time yeah! Just want to wish everyone Happy Holiday... Hope that everyone will have a wonderful and memorable holiday.
Wednesday, May 20, 2009
Diari 18/5/2009
Thursday, April 30, 2009
Wednesday, April 29, 2009
Saturday, April 4, 2009
Karnival KRK peringkat sekolah
Kelas Rancangan Khas (KRK) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya telah wujud sejak 2008. Kelas ini ingin mengadakan Karnival KRK Peringkat Sekolah sebagai salah satu aktiviti KRK pada tahun ini.
2. MATLAMAT
Karnival ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar KRK SMKTD melibatkan diri dalam aktiviti di luar bilik darjah. Selain itu, .karnival ini juga diharap dapat memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dalam bidang tertentu sekaligus dapat memilih wakil sekolah ke Karnival KRK peringkat daerah.
3. OBJEKTIF
Karnival ini dijalankan dengan tujuan:
3.1. Menonjolkan bakat pelajar
3.2. Menambah minat pelajar dalam aktiviti di luar bilik darjah
3.3. Pelajar dapat merapatkan hubungan di antara Tingkatan 1 dengan Tingkatan 2.
3.4. Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti di luar bilik darjah
3.5. Memberi galakan kepada pelajar untuk melibatkan diri lebih aktif dalam bidang kokurikulum.
4. SASARAN
Pihak yang mendapat manfaat dengan aktiviti ini adalah pelajar-pelajar KRK Tingkatan 1 dan 2 SMKTD serta guru-guru yang terlibat.
5. CADANGAN AKTIVITI SEPANJANG KARNIVAL
5.1. Beberapa pertandingan yang dicadangkan sepanjang karnival:
i. Futsal
ii. Petanq
iii. “Explorace”
iv. Catur
v. Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru
vi. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
Friday, March 27, 2009
Peringatan
From Eqha : Welcome, am proud to help.
Kepada pelajar-pelajar RK yang ingin menyertai pertandingan pada hari karnival nanti,jangan lupa beri nama pada AJK pertandingan. Like my teacher said, everyone MUST participate at least one of the activities which will be held. So, cepat-cepat lah daftar,kalau lambat,jangan menyesal nanti. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada Cik Rahayu,Ernawati,Victoria atau Shafiq. Best of luck to them who already register their names.
Thursday, March 26, 2009
Juz general info...
Maaf kepada semua sebab saya tak sempat nak update blog ni setelah sekian lamanya. Agak sibuk dengan tugas di sekolah. Yang baru-baru ni Eqha yang tolong update. Thankx Eqha!
Saya cuma nak beritahu kepada semua pelajar KRK bahawa Mini Karnival KRK SMKTD akan dijalankan tak lama lagi. 13 hingga 18 April 2009. AJK telah pun dilantik (ramai yang volunteer pun...bagus kan!!!) dan mereka telah mula menjalankan tugas masing-masing. Beberapa jawatan penting :
Pengerusi : Ernawati (2RK1)
Naib Pengerusi : Victoria (1RK1)
Setiausaha : M.Shafiq (2RK1)
AJK yang lain nanti akan dipaparkan di kelas-kelas. Jika ada sebarang pertanyaan jumpa pengerusi ye!
Pertandingan-pertandingan yang akan dijalankan; futsal, petanq, nyanyian, catur, explorace dan membuat kad ucapan hari guru. Setiap pelajar KRK WAJIB menyertai sekurang-kurangnya satu pertandingan. Jika tidak......YOU BETTER WATCH OUT!!!
Wednesday, March 25, 2009
10 Mac 2009 : Vono
Pada tarikh ini lah syarikat vono [ajinamoto] telah datang ke sekolah kami untuk mempersembahkan kepada para pelajar RK cara-cara memasak produk mereka. Banyak yang telah dipelajari melalui aktiviti ini.Sementara menunggu wakil pihak Vono tiba,Pn Hjh Fuziah telah memberi ceramah mengenai ESQ.Pelajar RK telah memberi sepenuh perhatian mereka.Nak tahu siapa pengacara majlisnya?
Jejaka itu bernama Shafiq manakala puteri itu adalah Nicole. Mereka dikatakan 'spotting' ketika mengacara majlis itu.Wah,tahniah,tahniah.
Masa inilah,pelajar diberi kesempatan menjawab soalan dan memenangi hadiah.Tahniah bagi yang berjaya.
Wednesday, March 18, 2009
Cuti Bermula
Tibalah masanya yang dinanti-nanti pelajar-pelajar di SMK Taman Daya,cuti selama SEMINGGU...Ingin saya mengucapkan anda semua cuti yang menyeronokkan,tapi homework jangan lupa buat.Inilah masanya untuk pelajar-pelajar dan guru-guru merehatkan diri dan menikmati 7 hari cuti ini...semoga para pelajar dan guru-guru akan kembali dengan wajah ceria dan sihat sejahtera.
peringatan: kepada pelajar KRk,sila beri idea dan tips utk memperbaiki blog ini..kerjasama anda dialu-alukan serta dihargai :)
Monday, March 2, 2009
Minggu Bahasa
Semasa perhimpunan rasmi pagi ini telah dilancarkan beberapa program untuk bulan Mac. Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Azizah binti Mohd Zaki, Pengetua SMKTD.Program-program yang dilancarkan adalah:
1. Bulan Penghayatan Bahasa Melayu dari 2 Mac 2009 hingga 6 Mac 2009
2. English Language Week dari 10 Mac 2009 hingga 13 Mac 2009
3. Minggu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dari 24 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009
Waaaah! Banyak betul pelancaran hari ini. Terima kasih diucapkan kepada beberapa orang pelajar KRK yang telah sudi mendeklamasikan sajak dan berbalas pantun untuk Bahasa Melayu (Najwa dari 2RK2 dan Nadhira dari 2RK1)
dan Poem Recital bagi Bahasa Inggeris (Aiman dan Victoria dari 1RK1).
Ini pula semasa bacaan ikrar semua warga SMKTD.
Labels: Aktiviti 2009
Saturday, February 28, 2009
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah serta terima kasih buat semua pelajar KRK yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah kita.
1. Gan Jie En - 13 emas di Kejohanan Akuatik Daerah Pasir Gudang dan 5 gangsa di Kejohanan Akuatik Negeri Johor
2. Chuah Shing Hui - 7 perak di Kejohanan Akuatik Daerah Pasir Gudang
3. Reza Iskandar - tempat ke-5 di Kejohanan Golf Negeri Johor
Coming soon...
Beberapa orang pelajar juga akan mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Pasir Gudang pada 2 Mac ini. Semoga mereka akan pulang dengan lebih banyak pingat! All the best!
Ada beberapa pertandingan lagi sebenarnya yang disertai oleh pelajar-pelajar KRK seperti Pertandingan Mendeklamasi Puisi dalam Bahasa Cina tetapi nama belum diperolehi lagi. Akan di'update' kelak...
Labels: Kejayaan
Demonstrasi Masakan Makanan Sihat
Satu Demonstrasi Masakan Makanan Sihat sumbangan VONO akan diadakan pada 10 Mac nanti untuk semua pelajar KRK SMKTD. So...have fun!
Labels: Aktiviti 2009
Minggu Bahasa Melayu
Minggu hadapan, 2 Mac hingga 6 Mac merupakan Minggu Bahasa Melayu. Beberapa pertandingan akan dijalankan seperti pidato, forum dan berbalas pantun. Kepada semua pelajar KRK jangan lupa menyertainya. Lagi pun, setiap kelas wajib menghantar wakil. Selamat berjaya!
Labels: Aktiviti 2009
Kejohanan Golf MSSM Negeri Johor
Maaflah, gambar tiada. Tetapi hanya maklumat untuk semua, 2 orang pelajar KRK telah mewakili daerah Pasir Gudang. Reza Iskandar dari 2RK1 dan Ahmad Rushdee dari 2RK3. Reza telah berjaya mendapat tempat ke-5. Tak mengapalah, boleh cuba lagi tahun hadapan...
Labels: Kejayaan
Thursday, February 12, 2009
Fruits For You
Labels: Science
A Riddle For You
What musical instrument can be found in the human body?
(Students of 2RK1 and 2RK2 please...SHHHHH!!!)
Labels: Lain-lain
Jamuan Sempena Pertukaran Penolong Kanan Petang
Labels: Lain-lain
Larian Wirawan Daya
Labels: Aktiviti 2009






crop.jpg)










