Friday, October 24, 2008

Aktiviti Sebelum Karnival KRK Pasir Gudang 2008 (Persediaan)





















15 Oktober 2008 jam 3.30 petang. Dalam keadaan hujan renyai-renyai 4 orang pelajar Tingkatan 6 sibuk membantu membuat persediaan bagi Pertandingan Petanq Karnival KRK Pasir Gudang 2008 dengan mengukur 4 gelanggang. Dari kiri ialah Muhammad Nuh (berbaju biru), Asrunizam, Muhammad Helmi dan seorang lagi Akhbar (tiada dalam gambar). Oleh kerana hari selalu hujan dan dikhuatiri cat yang disembur akan hilang, tali rafia digunakan sebagai garisan. Idea tersebut hanya timbul semasa sedang menyembur gelanggang pertama.

Gelanggang yang telah dihasilkan. Okay tak?





















Ini pula persiapan untuk majlis penutupan rasmi yang akan diadakan selepas pertandingan petanq dan nyanyian. Guru bertudung putih, Puan Sharefaazuan dan pelajar-pelajar 1RK2 sibuk membantu menyiapkan 'backdrop' majlis tersebut. Tugas tersebut juga telah dibantu oleh 2 orang pelajar Tingakatan 5, Aisyah dan Fadhilah (walaupun tiada dalam gambar). Penat juga menyiapkan 'backdrop' ni ye...























Sambil pelajar dan guru menyiapkan 'backdrop' pelajar-pelajar Tingkatan 4B membantu menyusun kerusi dan meja. Kerja menyusun dilakukan sebaik sahaja tamat PMR pada hari Jumaat, 17 Oktober 2008 lebih kurang jam 11.00 pagi. Setelah penat menyusun, mereka berehat sambil dihiburkan oleh peserta yang akan mengambil bahagian dalam nyanyian. Tidak lupa juga, Puan Hajah Azizah, Pengetua SMK Taman Daya (bertudung coklat) bersama-sama jurulatih nyanyian, Cik Noraini (bertudung oren) memperdengarkan nyanyian peserta tersebut. Boleh dikatakan 'rehearsal' lah!






















Inilah dia peserta tersebut, Shazreen Nadrah dari 1RK2. Sebenarnya, nak test microphone dan PA system sekali. Berdiri di belakang ialah guru dari SMK Kota Masai, Encik Mohd Fauzi yang sanggup datang sehari sebelum karnival untuk memastikan peralatan yang akan digunakan dalam keadaan baik dan bersesuaian dengan tempat. Selain itu, beliau juga ingin memastikan peralatan lain yang perlu beliau sediakan seperti extension cord dll. Nasib baiklah beliau datang kerana bolehlah kami tumpang sekaki.

Apa-apa pun, kerjasama pelbagai pihak sangat perlu dalam menganjurkan karnival. Bukan sahaja daripada dalam sekolah tetapi juga dari pihak luar. Terima kasih daun keladi kepada semua pihak yang membantu.

Thursday, October 23, 2008

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Karnival KRK Pasir Gudang 2008

Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik Karnival KRK Pasir Gudang 2008 telah diadakan di Dewan Anugerah SMK Taman Daya pada 18 Oktober 2008.



AJK pendaftaran (Ilisarah dan Nicole Dinesha) telah memastikan semua peserta yang telah memberikan nama hadir. Hanya seorang peserta dari SMK Ulu Tiram terpaksa menarik diri pada saat akhir. Jumlah peserta yang mengambil bahagian adalah 13 orang, 6 lelaki dan 7 perempuan.




Wah!!! Sedondon nampaknya mereka. Berbaju kebaya merah
ialah Siti Hawa digandingkan dengan Mohd Shafiq sebagai juruacara pertandingan. Walaupun pertama kali digandingkan bersama, mereka agak serasi dan dapat mengacarakan pertandingan dengan baik, tapi kalau tak pegang kertas lagi baik! Walau apa pun, syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar KRK SMK Taman Daya!





Barisan hakim pertandingan, dari kiri Cik Nor'aini Ahmad dari SMK Taman Daya, Puan Zaharah Talib dari SK Taman Daya 3 dan Encik Pangeran Hidayatullah Md Ali dari SMK Dato' Penggawa Timur merangkap sebagai ketua hakim. Takpe, gambar yang atas tak nampak muka, gambar semasa taklimat ringkas hakim ni mesti 'clear'. Terima kasih kepada barisan hakim yang sudi mengadili pertandingan.

Ini pula gambar peserta-peserta yang sedang sabar (ke tidak sabar-sabar??) menunggu giliran untuk memperdengarkan suara mereka yang merdu. No. 12 tu adalah peserta lelaki SMK Taman Daya, Muhd Afiq.

Akan bersambung di lain masa. Gambar banyak lagi ni cuma tak muat je...

Pertandingan Petanq Karnival KRK Pasir Gudang 2008

Pertandingan petanq Karnival KRK Pasir Gudang 2008 yang telah diadakan pada 18 Oktober 2008 di padang SMK Taman Daya. Walaupun cuaca agak panas, Encik Abdul Rashid (berbaju batik oren),Pengetua SMK Taman Johor Jaya 1 yang juga Pengerusi Badan Perhubungan KRK Pasir Gudang, tetap turun padang memberikan sokongan.


























Peserta lelaki tuan rumah (SMK Taman Daya), Nur Aidil Shahfiq. Walaupun tidak mendapat tempat sebagai pemenang, beliau dan dua lagi rakannya (Reza Iskandar dan Mohamad Helmi) telah berusaha bersungguh-sungguh. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka. Cuba lagi tahun hadapan (jika ada...).






















Rasanya, pertandingan pada hari tersebut tidak dapat berjalan lancar tanpa bantuan dan sokongan pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Taman Daya. Ribuan terima kasih diucapkan. Mereka telah membantu dengan jayanya. Tetapi tidak rugi membantu kerana selain dapat menambah ilmu dan pengalaman mereka juga dapat beramah mesra dengan adik-adik dari KRK.






















Ini pula salah seorang peserta perempuan tuan rumah, Chu Zhi Tong. Rakan sepasukan ialah Tan Xin Ping (maaflah, gambar takde) dan Nurul Hidayu (gambar bawah). Mereka juga tidak berjaya ke pusingan akhir. Walau bagaimaapun, mereka juga telah berusaha. Cuba lagi....






















Ini dia Nurul Hidayu. 'Salute' buat 'photographer' kerana dapat gambar-gambar yang menarik terutama gambar bola petanq yang di udara ni!
Syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua!

Sunday, October 19, 2008

Pemenang Kanival KRK pada 2008

Kepada semua...Maaf, buat masa ni senarai pemenang ni saja yang dapat dipaparkan. Gambar2 nanti dulu. Agak sibuk dengan tugas2 lain. Akan cuba update secepat mungkin...

Thursday, October 9, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun 2008

Peperiksaan hampir tiba. Kepada semua pelajar, selamat mengulangkaji dan menjalani peperiksaan yang akan bermula 24 Okt 2008. Semoga berjaya!

Karnival KRK (lagi...)

Sabtu, 18 Oktober 2008. Karnival KRK Pasir Gudang akan diadakan di SMK Taman Daya. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan Petanque. Sokonglah rakan-rakan...All the best!