Kepada semua pelajar TDS;
1. Kutipan derma 'setitis kasih selaut harapan' akan diadakan buat kali ke-2 pada hari Jumaat ini (29/01/2010)
2. Mulai minggu hadapan, semua pelajar diwajibkan memakai baju unit beruniform yang lengkap pada setiap hari Rabu, sepanjang tahun.
3. Setiap kelas telah diberi jadual waktu peperiksaan, ketika perhimpunan pagi tadi, sila bersiap sedia.
sekian.
Wednesday, January 27, 2010
Peringatan
Pesta Ponngal TDS
Pada Hari Sabtu, 16 Januari 2010, TDS telah mengadakan pesta ponggal yang bertemakan "Satu Malaysia" Pesta ini disambut oleh kaum hindu sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran kepada kaum petani dan unsur alam.
Pesta ini telah dirasmikan oleh ketiga-tiga guru di atas.
Friday, January 15, 2010
Pembayaran Lencana Butang
Kepada semua pelajar KRK,
Seperti yang dimaklumkan, PPD Pasir Gudang telah menyediakan lencana butang khas untuk pelajar-pelajar KRK. Pelajar-pelajar diminta membayar sebanyak RM3 kepada guru kelas masing-masing selewatnya-lewatnya pada 18/01/2010 (hari Isnin).
PS: Anda telah diberi notis [surat pemberitahuan] beberapa hari yang lalu, post ini adalah sebagai peringatan sahaja.
Friday, October 16, 2009
Mutiara Kita
Pada bulan lepas, seorang guru yang amat dikagumi oleh semua pelajar SMK Taman Daya telah pun meninggalkan warganya untuk melanjutkan cita-cita beliau, Cik Rahayu.
Friday, July 24, 2009
'Bengkel Kecemerlangan PRA PMR'
Pada 23 Julai 2009, pelajar 2 RK SMK Taman Daya telah diwajibkan menyertai 'Bengkel Kecemerlangan PRA PMR'. Program ini telah diadakan di dewan SMK Agama Johor dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti akedemik dengan menghasilkan 50% pelajar KRK(minima) mendapat 'perfect score'. Malang sekali, acara tidak bermula seperti yang dirancangkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tiga buah sekolah sahaja yang terlibat iaitu SMK Taman Daya, SMK Ulu Tiram dan SMK Johor Jaya 1.Aktiviti yang telah dijalankan adalah teknik menjwab subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan juga Sains. Harap para pelajar akan dapat meningkatkan prestasi masing-masing selepas ini.
