Friday, July 24, 2009

'Bengkel Kecemerlangan PRA PMR'


Pada 23 Julai 2009, pelajar 2 RK SMK Taman Daya telah diwajibkan menyertai 'Bengkel Kecemerlangan PRA PMR'. Program ini telah diadakan di dewan SMK Agama Johor dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti akedemik dengan menghasilkan 50% pelajar KRK(minima) mendapat 'perfect score'. Malang sekali, acara tidak bermula seperti yang dirancangkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tiga buah sekolah sahaja yang terlibat iaitu SMK Taman Daya, SMK Ulu Tiram dan SMK Johor Jaya 1.

Aktiviti yang telah dijalankan adalah teknik menjwab subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan juga Sains. Harap para pelajar akan dapat meningkatkan prestasi masing-masing selepas ini.

0 comments: