From Eqha : Welcome, am proud to help.
Kepada pelajar-pelajar RK yang ingin menyertai pertandingan pada hari karnival nanti,jangan lupa beri nama pada AJK pertandingan. Like my teacher said, everyone MUST participate at least one of the activities which will be held. So, cepat-cepat lah daftar,kalau lambat,jangan menyesal nanti. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada Cik Rahayu,Ernawati,Victoria atau Shafiq. Best of luck to them who already register their names.
Friday, March 27, 2009
Peringatan
Thursday, March 26, 2009
Juz general info...
Maaf kepada semua sebab saya tak sempat nak update blog ni setelah sekian lamanya. Agak sibuk dengan tugas di sekolah. Yang baru-baru ni Eqha yang tolong update. Thankx Eqha!
Saya cuma nak beritahu kepada semua pelajar KRK bahawa Mini Karnival KRK SMKTD akan dijalankan tak lama lagi. 13 hingga 18 April 2009. AJK telah pun dilantik (ramai yang volunteer pun...bagus kan!!!) dan mereka telah mula menjalankan tugas masing-masing. Beberapa jawatan penting :
Pengerusi : Ernawati (2RK1)
Naib Pengerusi : Victoria (1RK1)
Setiausaha : M.Shafiq (2RK1)
AJK yang lain nanti akan dipaparkan di kelas-kelas. Jika ada sebarang pertanyaan jumpa pengerusi ye!
Pertandingan-pertandingan yang akan dijalankan; futsal, petanq, nyanyian, catur, explorace dan membuat kad ucapan hari guru. Setiap pelajar KRK WAJIB menyertai sekurang-kurangnya satu pertandingan. Jika tidak......YOU BETTER WATCH OUT!!!
Wednesday, March 25, 2009
10 Mac 2009 : Vono
Pada tarikh ini lah syarikat vono [ajinamoto] telah datang ke sekolah kami untuk mempersembahkan kepada para pelajar RK cara-cara memasak produk mereka. Banyak yang telah dipelajari melalui aktiviti ini.Sementara menunggu wakil pihak Vono tiba,Pn Hjh Fuziah telah memberi ceramah mengenai ESQ.Pelajar RK telah memberi sepenuh perhatian mereka.Nak tahu siapa pengacara majlisnya?
Jejaka itu bernama Shafiq manakala puteri itu adalah Nicole. Mereka dikatakan 'spotting' ketika mengacara majlis itu.Wah,tahniah,tahniah.
Masa inilah,pelajar diberi kesempatan menjawab soalan dan memenangi hadiah.Tahniah bagi yang berjaya.
Wednesday, March 18, 2009
Cuti Bermula
Tibalah masanya yang dinanti-nanti pelajar-pelajar di SMK Taman Daya,cuti selama SEMINGGU...Ingin saya mengucapkan anda semua cuti yang menyeronokkan,tapi homework jangan lupa buat.Inilah masanya untuk pelajar-pelajar dan guru-guru merehatkan diri dan menikmati 7 hari cuti ini...semoga para pelajar dan guru-guru akan kembali dengan wajah ceria dan sihat sejahtera.
peringatan: kepada pelajar KRk,sila beri idea dan tips utk memperbaiki blog ini..kerjasama anda dialu-alukan serta dihargai :)
Monday, March 2, 2009
Minggu Bahasa
Semasa perhimpunan rasmi pagi ini telah dilancarkan beberapa program untuk bulan Mac. Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Azizah binti Mohd Zaki, Pengetua SMKTD.Program-program yang dilancarkan adalah:
1. Bulan Penghayatan Bahasa Melayu dari 2 Mac 2009 hingga 6 Mac 2009
2. English Language Week dari 10 Mac 2009 hingga 13 Mac 2009
3. Minggu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dari 24 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009
Waaaah! Banyak betul pelancaran hari ini. Terima kasih diucapkan kepada beberapa orang pelajar KRK yang telah sudi mendeklamasikan sajak dan berbalas pantun untuk Bahasa Melayu (Najwa dari 2RK2 dan Nadhira dari 2RK1)
dan Poem Recital bagi Bahasa Inggeris (Aiman dan Victoria dari 1RK1).
Ini pula semasa bacaan ikrar semua warga SMKTD.
Labels: Aktiviti 2009
