Monday, July 13, 2009

Program Motivasi Diri Pelajar KRK 2009

Pada 11 Julai 2009, PPD Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Perhubungan Pengetua Sekolah KRK Daerah Pasir Gudang telah menganjurkan Program Motivasi Diri Pelajar KRK daerah Pasir Gudang. Program ini telah dijalankan di Dewan Kuliah Kolej Komuniti Pasir Gudang. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar KRK dari 8 buah sekolah telah menyertainya. Tiga slot ceramah yang dijalankan adalah Kemahiran Belajar, Motivasi Diri dan Pengurusan Masa. SMK Taman Daya telah menghantar seramai 26 orang pelajar KRK Tingkatan 1 dan 2 (14 lelaki dan 12 perempuan).

Gambar adalah semasa slot motivasi diri yang telah disampaikan oleh Encik Atan. Semua pelajar sedang menutup mata tetapi mereka bukanlah tidur. Sebaliknya, sedang khusyuk mengikuti arahan yang diberikan oleh tuan penceramah. Khabarnya ramai yang mengalirkan air mata. Betul ke? Kurang pasti... Hanya mereka yang mengikutinya saja yang tahu.

Walau apa pun, semoga program tersebut telah memberikan banyak input yang berfaedah kepada semua peserta. Habis program nanti jangan pula lupa apa yang telah dipelajari. Amalkanlah untuk kecemerlangan bersama!


0 comments: