Friday, October 24, 2008

Aktiviti Sebelum Karnival KRK Pasir Gudang 2008 (Persediaan)





















15 Oktober 2008 jam 3.30 petang. Dalam keadaan hujan renyai-renyai 4 orang pelajar Tingkatan 6 sibuk membantu membuat persediaan bagi Pertandingan Petanq Karnival KRK Pasir Gudang 2008 dengan mengukur 4 gelanggang. Dari kiri ialah Muhammad Nuh (berbaju biru), Asrunizam, Muhammad Helmi dan seorang lagi Akhbar (tiada dalam gambar). Oleh kerana hari selalu hujan dan dikhuatiri cat yang disembur akan hilang, tali rafia digunakan sebagai garisan. Idea tersebut hanya timbul semasa sedang menyembur gelanggang pertama.

Gelanggang yang telah dihasilkan. Okay tak?





















Ini pula persiapan untuk majlis penutupan rasmi yang akan diadakan selepas pertandingan petanq dan nyanyian. Guru bertudung putih, Puan Sharefaazuan dan pelajar-pelajar 1RK2 sibuk membantu menyiapkan 'backdrop' majlis tersebut. Tugas tersebut juga telah dibantu oleh 2 orang pelajar Tingakatan 5, Aisyah dan Fadhilah (walaupun tiada dalam gambar). Penat juga menyiapkan 'backdrop' ni ye...























Sambil pelajar dan guru menyiapkan 'backdrop' pelajar-pelajar Tingkatan 4B membantu menyusun kerusi dan meja. Kerja menyusun dilakukan sebaik sahaja tamat PMR pada hari Jumaat, 17 Oktober 2008 lebih kurang jam 11.00 pagi. Setelah penat menyusun, mereka berehat sambil dihiburkan oleh peserta yang akan mengambil bahagian dalam nyanyian. Tidak lupa juga, Puan Hajah Azizah, Pengetua SMK Taman Daya (bertudung coklat) bersama-sama jurulatih nyanyian, Cik Noraini (bertudung oren) memperdengarkan nyanyian peserta tersebut. Boleh dikatakan 'rehearsal' lah!






















Inilah dia peserta tersebut, Shazreen Nadrah dari 1RK2. Sebenarnya, nak test microphone dan PA system sekali. Berdiri di belakang ialah guru dari SMK Kota Masai, Encik Mohd Fauzi yang sanggup datang sehari sebelum karnival untuk memastikan peralatan yang akan digunakan dalam keadaan baik dan bersesuaian dengan tempat. Selain itu, beliau juga ingin memastikan peralatan lain yang perlu beliau sediakan seperti extension cord dll. Nasib baiklah beliau datang kerana bolehlah kami tumpang sekaki.

Apa-apa pun, kerjasama pelbagai pihak sangat perlu dalam menganjurkan karnival. Bukan sahaja daripada dalam sekolah tetapi juga dari pihak luar. Terima kasih daun keladi kepada semua pihak yang membantu.

0 comments: