Larian Wirawan Daya SMK Taman Daya telah dijalankan pada hari Sabtu, 7 Februari 2009. Walaupun cuaca skrg agak panas, program berjalan lancar. Kalau tak silap, pelajar dapat menamatkan larian tahun ni lebih pantas berbanding tahun lepas. Syabas dan tahniah! Gambar-gambar yang dipaparkan hanyalah gambar selepas larian iaitu sebelum, semasa dan selepas keputusan. Gambar yang lain-lain belum dapat lagi daripada jurufoto. Nanti bila dah dapat, akan dimasukkan sebagai slideshow ke. Harap dapat dengan cepat lah.

Nampaknya ramai atlet di kalangan pelajar-pelajar KRK kita ni. Ramai juga yang berjaya mendapat pingat. Walaupun hanya tempat pertama hingga ke-10 yang naik mengambil pingat, ramai lagi yang mendapat menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing kerana mata dikira dari no.1 hingga 50.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang! Yang tak menang mungkin belum rezeki. Boleh mencuba lagi tahun depan. Boleh belajar daripada kelemahan tahun ini. Mungkin tingkatkan latihan fizikal atau mulakan lebih awal untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.



Juara keseluruhan...jeng!jeng!jeng!....
Rumah JAGUH!!! Yea......sebab saya juga rumah
JAGUH! Tahniah! Kepada yang lain jangan berkecil hati atau bersedih hati. Memang adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah. Tetapi yang berada di atas tidak akan sentiasa kekal di situ dan jangan terlalu selesa dengan kedudukan tersebut kerana boleh jatuh bila-bila. Yang berada di bawah pula bukan selamanya akan berada di situ kerana tidak mustahil untuk berada di peringkat yang lebih baik selagi kita berusaha. Nasihat ini bukan untuk bidang sukan sahaja tetapi juga dalam pembelajaran. Lagi-lagi bila Penilaian Kurikulum 1 yang akan dijalankan minggu selepas Kejohanan Olahraga nanti. Kedua-duanya penting.
BADAN SIHAT OTAK CERGAS
1 comments:
in 50...&more
Post a Comment